KATA ALUAN KETUA UNIT SUKAN

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia serta Selamat Datang ke Laman Blog Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Sabah.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana berkat keizinannya laman blog Unit Sukan Jabatan Pelajaran Sabah dapat diwujudkan. Dalam arus kemodenan dalam dunia tanpa sempadan ini, kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi tidak dapat dinafikan lagi. Teknologi ini berupaya menyalurkan maklumat dengan tepat dalam masa yang singkat kepada penerima di mana juga mereka berada. Justeru, dalam usaha memantapkan pengurusan dan sistem penyampaian, kecanggihan teknologi ini haruslah digunakan sebaik mungkin.

  Dalam usaha membangunkan blog ini, tidak dinafikan terdapat kekurangan di sana sini yang pihak kami ambil perhatian untuk usaha penambahbaikan. Komen serta cadangan pihak tuan/puan amat berguna untuk kami memperbaiki dan memantapkan lagi blog ini. Semoga komen serta sumbangan buah fikiran tuan/puan akan mencerminkan kerjasama erat kita dalam usaha memanfaatkan teknologi ini.

Dalam kesempatan  ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Jabatan Pelajaran Sabah khususnya Ybhg. Datuk Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan yang sentiasa memberi sokongan yang jitu dalam usaha pembangunan sukan. Sekalung penghargaan juga saya berikan kepada rakan-rakan yang telah mewujudkan blog ini khususnya En. Zainal, Cik Dympna, En. Khairi dan En. Mohd. Nordin serta semua pegawai di Unit Sukan yang menyalurkan maklumat untuk blog ini.

Sekian terima kasih.

“ KE ARAH KECEMERLANGAN MELALUI KEGIATAN BERSUKAN “

 

Saya yang menurut perintah,

Roslan Hj. Md,. Idris

Ketua Unit Sukan

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Sabah