SUKAN MUHIBBAH TAHUNAN KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN SINGAPURA

(MESCA-MESRC)

KE-8

KOTA KINBALU, SABAH

13 APRIL HINGGA 15 APRIL 2012

LATAR BELAKANG

Sukan Muhibbah Tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia Dengan Kementerian Pendidikan Singapura atau lebih dikenali dengan Malaysia-Singapore MOE Annual Game. Ianya merupakan acara tahunan yang telah bermula sejak tahun 90an lagi.  Bagaimanapun ianya terhenti seketika pada tahun 1996 selepas hubungan yang kurang baik di peringkat antara bangsa antara kedua-dua negara.  Pada tahun 2005 sukan ini telah dimulakan semula dan Singapura telah menjadi tuan rumah dan dikuti dengan Malaysia pada tahun berikut dan berterusan sehingga kini secara timbal balik.   Semasa MESCA-MESRC ini berlangsung, satu lawatan kerja oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia yang di ketuai oleh YBhg Dato’ Ketua Setiausaha KPM dan YBhg Dato’ Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama dengan Setiausaha Tetap KPS  akan diadakan ke institusi-institusi terpilih mengikut negara yang menjadi tuan rumah.  Bersempena dengan lawatan kerja ini dan atas hasrat menjalinkan silaturahim antara Singapura dan Malaysia, MESCA mewakili KPM akan mengadakan sukan muhibah dengan Kementerian Pendidikan Singapura yang diwakili oleh Ministry of Education Sport and Recreation Club (MESRC).  Terdapat 18 permainan yang akan dipertandingkan dalam sukan ini.

About UNIT SUKAN JPN SABAH

Tingkat 1, Blok C, Bangunan KWSP, 88604, Kota Kinabalu SABAH Tel: 088-249 930/ 251 354/ 251 334 Fax: 088-247 530/ 231 561
This entry was posted in Sukan. Bookmark the permalink.