Rentetan Peristiwa Majlis Penutupan Temasya Akuatik MSSM 2012, Sabah

Kota Kinabalu (Ahad) – Temasya Akuatik MSSM 2012, Sabah melabuhkan tirainya semalam, diakhiri dengan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Temasya Akuatik MSSM 2012, Sabah yang telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Jahid Jahim, merangkap Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Temasya yang diadakan sekali setahun itu telah melakar sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan kekuatan gergasi akuatik dari pasukan MSS Sarawak dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan memperoleh 38 pingat emas, diikuti dengan pasukan MSS Negeri Selangor dengan 21 pingat emas di tempat ke dua, pasukan MSS W.P Kuala Lumpur dengan 17 pingat emas di tempat yang ke tiga, manakala pasukan MSS Negeri Johor dengan 15 pingat emas di tempat yang ke empat.

Sebanyak 10 rekod baru kejohanan telah dicipta di Pusat Akuatik, Stadium Likas, Sabah. Temasya yang julung kalinya berlangsung di Sabah telah melahirkan ramai bakat sukan akuatik baru dengan menampilkan adik Ngee Gui Ping dari pasukan MSS Negeri Sarawak dianugerahkan gelaran Perenang Cemerlang bagi kategori lelaki 12 TKB, memecahkan dua rekod kejohanan dengan memperoleh 80 mata. Manakala adik Cindy Tai Sin Hui dari pasukan MSS Negeri Johor dianugerahkan sebagai Perenang Cemerlang bagi kategori perempuan 12 TKB dengan memperoleh 93 mata.

 

About UNIT SUKAN JPN SABAH

Tingkat 1, Blok C, Bangunan KWSP, 88604, Kota Kinabalu SABAH Tel: 088-249 930/ 251 354/ 251 334 Fax: 088-247 530/ 231 561
This entry was posted in Sukan. Bookmark the permalink.