Kenali Tokoh Acara Terjun Negara

Bryan Nickson Lomas

Dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 30 Jun 1990

Penerjun Kebangsaan, Bryan Nickson Lomas menempah satu lagi tempat bagi dirinya ke Sukan Olimpik 2012 di London pada hari terakhir Kejohanan Piala Terjun Asia ke-4 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Bryan yang menyertai acara 10M Platform Individu Lelaki, memenangi pingat emas selepas memungut 480.50 mata untuk mengalahkan rakan senegara Ooi Tze Liang yang mendapat 450.80 mata manakala pingat gangsa milik M. Nasrullah dari Indonesia yang memungut 396.20 mata.

Bryan sebelum ini telah menempah tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu menerusi acara 3M Papan Anjal Individu Lelaki pada Kejohanan Dunia awal tahun ini.

Sumber : Wikipedia Malaysia

About UNIT SUKAN JPN SABAH

Tingkat 1, Blok C, Bangunan KWSP, 88604, Kota Kinabalu SABAH Tel: 088-249 930/ 251 354/ 251 334 Fax: 088-247 530/ 231 561
This entry was posted in Sukan. Bookmark the permalink.